CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 18, 2010

Kelapa

بسم الله الرحمن الرحيم

Nampak jew pic kelapa ni, macam2 yang kiter fikirkan..lagi2 mereka yang favourite ngan air kelapa kan..cuaca sekarang ni pun x macam hot pulak, nak beli air kelapa pun kene beratur cam bayar bil..hehe..memang dah rezeki peraih kelapa la kan..hurm..sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal kelapa ni, tapi agak terpengaruh jugak la dengan keenakan airnya, tu yang intro coretan aku ni lari sikit drpd apa yang aku nak bincangkan sebenarnya..
Aku suka belajar drpd pengamatan aku sendiri..cuba anda fikirkan apa manfaat buah kelapa..?(lorh..jangan ler asyik terigt air kelapa jew, tamat dah topik tuh,hehe) yups..tapi betul jugak, air kelapa boley diminum, sabut boley wat berus dan macam2 lagi la kalau nak di list kan manfaatnya..

" Penuntut agama adalah umpama setandan buah kelapa, ada yang gugur dibuat gulai untuk orang lain dan ada juga yang gugur kemudiannya ia bercambah "

kata-kata diatas merupakan kata falsafah seorang tokoh ulama' dan pendakwah daripada perak iaitu Allahyarham Haji Ghazali (al-fatihah). Kata beliau kelapa yang dibuat gulai itu menunjukkan kurang tersebar ilmunya manakala kelapa yang bercambah pula bagi orang yang dapat menyebarkan ilmunya sehingga dapat melahirkan para ilmuan..inilah apa yang dikatakan belajar daripada alam..kata-kata tersebut bukan sekadar sesuai untuk para pendakwah, tapi kalau kita luaskan skopnya ianya sangat sesuai kepada semua yang bergelar insan..kalau kita renungkan mampu kew kita jadi seperti kelapa yang bercambah tersebut, bukan setakat kelapa yang bercambah, walhal kelapa yang dibuat gulai pun kita x mampu..(gulai manusia mugkin lah..hehe)
Sedangkan kelapa mampu memberi manfaat kepada manusia, kenapa kita sebagai insan tak mampu memberi manfaat kepada insan lain malahan memberi bebanan dengan lambakan sikap2 negatif yang tidak mahu dibendung..ala..memanglah sebab kelapa tu memang dicipta untuk manusia..itulah jawapan yang perfect bagi insan yang malas berfikir..coretan ringkas ni adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan anda yang mahu berfikir..

No comments:

Post a Comment