CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 22, 2010

Enigma sekeping hati..












بسم الله الرحمن الرحيم

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KARUNIA)”

Hati?

Dalam konteks ni, macam tak sesuai lau aku gunakan istilah hati, sebb jika aku gunakan istilah hati, mungkin kita akan bayangkan 'hati' sebagai organ dalaman tubuh badan termasuk lah jantung, limpa dan sebagainya..Jika dinilai dari segi sains sememangnya hati yang baik akan membuatkan organ dan tubuh badan manusia bertugas dengan lebih sempurna..Begitu juga dengan hati/qalbu manusia, jika bersih dan tulus pasti akan membuatkan sang diri mampu menjadi manusia yang lebih baik..

Setiap insan ingin menjadi manusia yang baik, tapi untuk melakukan perubahan bukannya mudah, kita memerlukan kekuatan hati untuk terus konsisten..sesuai lah dengan sifat hati itu sendiri yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t mudah berbolak balik mengikut kehendaknya..tu la sebabnya kadang2 kita rasa macam mudah nak menerima apa2, tapi, kadang2 sepantas kilat kita menolaknya..Hati mempunyai keajaiban yang berbeza dengan anggota/organ manusia yang lainnya..Jika kita lihat hati hanyalah segumpal darah, namun di dalam hati tesebut ada sesuatu yang tidak mampu dilihat, malahan hati itu sendiri yang mampu melihat apa yg tidak dapat dilihat oleh pancaindera dengan suluhan cahaya Ilahi..Hanya melalui hati juga manusia mampu berhubung dengan Allah s.w.t dengan berbekalkan keimanan yang teguh.

Setiap anggota yang dipinjamkan Allah s.w.t perlulah dijaga sebaiknya, bigitu juga dengan hati, yang selalu memerlukan penjagaan yang rapi kerana mudah atau susahnya untuk mendapatkan petunjuk ilahi ialah bergantung sepenuhnya pada kualiti hati yang kita miliki..so, jaga lah hati2 kita drpd dicemari virus2 yang sedang melanda hati2 manusia ni..kebanyakan kita tahu hati yang tidak dijaga itu boleh mengundang penyakit yang merbahaya, tapi kadang2 kita terlepas pandang sebab2 yang boleh mempengaruhi virus tersebut terus menyerang hati kita.."nak jaga hati ni kita mestilah jaga daripada keseluruhan perkara yang kita lakukan" teringat aku ngn kata2 seorang ustaz..aku fikir kalau tak tough memang susah..camner nak jaga anugerah ALLAH yang terlalu istimewa ni..aku cuma berkongsi apa yang aku igt jew..pemakanan kene jaga halal/haramnya..pandangan mata juga harus dijaga daripada melihat sesuatu yg tdk sepatutnya, lagi berkesan jika kita selalu mendampingi orang2 yang solleh sebabnya mereka akan mempengaruhi kita ke jalan yang benar, tambahan pula kita boleh meminta bimbingan daripada mereka..

Setiap anggota kita yang sakit sudah tentu kita akan pergi untuk mendapatkan rawatan, laptop hang sekejap jew dah risau cam nak giler, tak pasal2 anti virus jadi bahan makian..namun hati kita ni begitu sukar kita nak detect penyakit yang melanda..bagi pelajar macam aku ni dah tentu2 la matlamatnya di u ni untuk menuntut ilmu..kata imam as-syafie ilmu itu cahaya, cahaya takkan masuk kedalam hati yang gelap..mari lah kita renung2 kan..rawat hati2 kita dengan zikrullah dan memanjatkan doa kepada ALLAH s.w.t..apa yang aku tulis ni sekadar apa yang aku mampu kongsikan dan aku sentiasa memerlukan bimbingan..sesiapa yang mempunyai tips penjagaan/ merawat hati, bolehlah kongsi dengan aku..

Monday, October 18, 2010

Kelapa

بسم الله الرحمن الرحيم

Nampak jew pic kelapa ni, macam2 yang kiter fikirkan..lagi2 mereka yang favourite ngan air kelapa kan..cuaca sekarang ni pun x macam hot pulak, nak beli air kelapa pun kene beratur cam bayar bil..hehe..memang dah rezeki peraih kelapa la kan..hurm..sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal kelapa ni, tapi agak terpengaruh jugak la dengan keenakan airnya, tu yang intro coretan aku ni lari sikit drpd apa yang aku nak bincangkan sebenarnya..
Aku suka belajar drpd pengamatan aku sendiri..cuba anda fikirkan apa manfaat buah kelapa..?(lorh..jangan ler asyik terigt air kelapa jew, tamat dah topik tuh,hehe) yups..tapi betul jugak, air kelapa boley diminum, sabut boley wat berus dan macam2 lagi la kalau nak di list kan manfaatnya..

" Penuntut agama adalah umpama setandan buah kelapa, ada yang gugur dibuat gulai untuk orang lain dan ada juga yang gugur kemudiannya ia bercambah "

kata-kata diatas merupakan kata falsafah seorang tokoh ulama' dan pendakwah daripada perak iaitu Allahyarham Haji Ghazali (al-fatihah). Kata beliau kelapa yang dibuat gulai itu menunjukkan kurang tersebar ilmunya manakala kelapa yang bercambah pula bagi orang yang dapat menyebarkan ilmunya sehingga dapat melahirkan para ilmuan..inilah apa yang dikatakan belajar daripada alam..kata-kata tersebut bukan sekadar sesuai untuk para pendakwah, tapi kalau kita luaskan skopnya ianya sangat sesuai kepada semua yang bergelar insan..kalau kita renungkan mampu kew kita jadi seperti kelapa yang bercambah tersebut, bukan setakat kelapa yang bercambah, walhal kelapa yang dibuat gulai pun kita x mampu..(gulai manusia mugkin lah..hehe)
Sedangkan kelapa mampu memberi manfaat kepada manusia, kenapa kita sebagai insan tak mampu memberi manfaat kepada insan lain malahan memberi bebanan dengan lambakan sikap2 negatif yang tidak mahu dibendung..ala..memanglah sebab kelapa tu memang dicipta untuk manusia..itulah jawapan yang perfect bagi insan yang malas berfikir..coretan ringkas ni adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan anda yang mahu berfikir..

Sunday, October 17, 2010

Guru dan lilin

بسم الله الرحمن الرحيم

Kotak fikiran terbang melayang~susah nak gambarkan tentang apa yang aku rasa..cam exited jew..tapi seram2 sejuk pun ada..hehe..chitt! cam citer seram plak..sem depan, tiba waktu tok aku wat praktikum sbgai persediaan terakhir sebelum menjadi seorang pendidik..tu yang ngah pk2 kan persiapan aku ketika tu nanti..pulak tu kene kat kawasan bandar, pada fikiran aku mungkin agak rumit la jika dibandingkan dengan kawasan pekan2 yang kecil..

Tetiba teringat plak kata2 lecturer aku..katanya "penjawat am kat Malaysia ni, kalau kiter kumpulkan di padang, pastu, kiter amik sebiji batu, lalu kiter balingkan ke arah mereka, pasti akan terkena kepala guru" dengan nada yang spontan kata2 tersebut agak lucu didengari..hehe.. apa yang tersirat disini bahawa peratusan guru adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan yang lainnya..sesuailah dengan keperluan pendidikan yang semakin memerlukan transformasi di era globalisasi nih..

Pepatah mengatakan guru ni ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi..tapi jika difikirkan secara radikal, releven lagi kew pepatah tersebut pada zaman sekarang..hehe..tu cuma persoalan yang timbul dalam kerangka pemikiran aku jew..saja mencabar diri agar menjadi guru yang cemerlang jika diberi kesempatan di masa akan datang..aku bangkitkan isu ni selepas aku terbaca isu2 negetif tentang guru masa kini..ada yang kata guru tu macam lilin sebab mudah patah, senang cair dan macam2 lagi..tapi pada aku kerjaya guru tu adalah kerjaya yang mulia..(yups..thankz coz setuju..hehehe)


secawan kopi + secebis nota

بسم الله الرحمن الرحيم


Seperti semester2 lalu..time menjelangnya minggu peperiksaan jew mula lah serabut..kusut masai di buatnya..hehe..minggu depan bermulalah drama bersiri peperangan di dewan exam..for preparation macam2 yg student2 ni lakukan..lagi2 yg satu bac aku, sem akhir la katakan..nak study ni bukan mudah..blaja makan masa yang panjang, tapi nak fokus kejap jew pun susah..satu lagi, nak study ni pun nak kene ada mood, baru bersemangat..bile ak cakap cam tuh..member2 semua setuju jew..hehehe..semangat ni bile di cari mmg susah nak jumpe, tp..kdg2 dtg scara x sengaja..kekadang di kala hembusan angin petang menerpa, mungkin ketika menikmati jernihnya air di laut, kekadang ktika hamba sdg bersujud, bahkan,yang peliknya pada harumnya kuntuman bunga...hehehe..anehnye suatu yang bernama semangat nih..