CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 18, 2010

Ucapkanlah Terima Kasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap perkara yang kita lakukan, pastinya akan memberi kesan hasil daripada tindakan tersebut. Tidak kira sama ada ianya sesukar manapun mau pun perkara yg dianggap enteng..sesudah makan kesannya kenyang, apabila minum hilanglah dahaga..setiap perkara yang dilakukan sehari harian sama ada disedari atau tidak ianya membawa kepada pokok asalnya iaitu dosa dan pahala, yang pasti setiap kebaikan tetap dibalas dengan kebaikan, dan kejahatan akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan tersebut samada di alam nyata maupun akhirat kelak..

Disini ada dua perkara, pertamanya kebaikan yang dilakukan menghubungkan terus manusia kepada ALLAH s.w.t iaitu perkara2 yang telah digariskan oleh agama dan keduanya kebaikan yang dilakukan turut memberikan manfaat kepada sesama manusia…kita selalu bersedih jika perkara-perkara yang dilakukan tidak mendapat balasan sebagaimana yang diharap-harapkan terutamanya jika harapan tersebut diletakkan setinggi2 nya kepada manusia tanpa mengingatkan diri kepada sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Perasaan hambar, marah, kecewa akan menyelubungi perasaan dikala hati tidak tenteram, hati yang dulunya mesra dengan keikhlasan, kini terasa dangkal..itulah yang berlaku jika manusia di jadikan tempat bergantung harapan..billion manusia di alam maya ini, makanya berbilion jugalah sifat dan karenahnya..sebilangan kecil sahaja yang ingin membalas kebaikan dengan kebaikan malah di era ini malangnya kebaikan turut dibalas dengan kejahatan..

orang berbudi, kita berbahasa” merupakan salah satu pepatah melayu dahulu kala yang selalu dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian masyarakat melayu, kini seolah-olah begitu asing. Kini timbul satu persepsi ‘orang kebanyakan’ yang selalu mengatakan “jangan buat baik sangat, nanti orang pijak kepala”..ini bukan perkara yang baru, rasanya semua orang boleh mendengarnya di mana saja..Tiada yang dirisaukan, tiada yang peduli malah ramai yang menyokong..Namun jika difikirkan, ini adalah suatu yang membimbangkan, bayangkan jika manusia sudah menganggap kebaikan sesuatu yang tidak bermakna lagi, ucapan TERIMA KASIH sudah tidak didengari,.. Siapa yang nak buat baik lagi..

Ungkapan semudah TERIMA KASIH tidaklah semurah yang kita sangkakan..walaupun tidaklah diharapkan oleh keikhlasan, ianya mampu memberikan motivasi kepada insan2 yang menyumbangkan kebaikan agar terus beramal. Dalam bahasa sempoinya kira kredit untuk you lah..lagi baik jika kita mampu untuk menawarkan bantuan kepada mereka2 yang pernah membantu..Kita, bukanlah selalu di dalam kondisi yang baik sepanjang perjalanan di mayapada ini..bagai RODA, adakalanya diatas dan adakalanya dibawah, jika suka membantu insyaALLAH akan selalu dibantu..tapi bukanlah terus mengharapkannya daripada manusia,kerana setiap pertolongan itu adalah datangnya daripada ALLAH s.w.t..

T.kasih kerana membaca..

1 comment:

  1. Jom lepak di Blog Zombie Insaf sambil usha-usha entry yang Seram + Sengal + Lawak + Tragis + Sadis
    hanya di :

    Zombieinsaf.blogspot.com

    ReplyDelete

There was an error in this gadget