بسم الله الرحمن الرحيم
Sebagai seorang aku, dirinya seringkali melakukan kesilapan.. yurp..itu sudah pasti..Aku hanya insan biasa. Tambahan pula, ramai yang mengatakan
Gambaran pemikiran seorang teenagers " kadang-kadang aku rasa teruk, tapi aku masih memerlukan kesepontanan dalam hidup". KeSEPONTANan yang digambarkan disini adalah dari konteks interaksi sosial. Dalam proses interaksi sosial, kebanyakan kite terleka didalam pertuturan, perbuatan, gurauan dan sebagainya sehingga kite terlupa bahawa kite membawa imej seorang teenagers muslim. Namun aku percaya ramai diantara teenagers yang menginginkan perubahan... Their said " we need to change for our future" but why their not start from now? Jawapannya..mungkin kerana ;
Bagaimana aku nak menghadapi kengkawan aku?
Macam mana plak dengan boyfriend/girlfriend aku?
lepas ni aku tak boleh lepax shopping mall ag kew?
kalau jalan2, ak kene tunduk ke bumi jew kew?
haaa..mcm mana dgn lagu2 kegmaran aku? or kene dengar forum jew..
adui..tak leh lepax KFC lagi la lepas nih..
Berbagai-bagai persoalan yang timbul dalam pemikiran teenagers kiter..huh! kenapa aku terlalu mudah melatah, dengan ejekan, tomahan @ dipulaukan daripada kengkawan jika nawaitu itu ke jalan yang benar? mungkinkah aku terlalu goyah, sehingga sanggup membiarkan ia merobek keimanan dan kekuatanku? Ini baru nak wat transform..macam mana pula dengan amar makruf nahi munkar? ada bran?
Proses pembentukan jiwa bukanlah suatu yang mudah, ianya perlukan kesungguhan iaitu dengan cara bermujahadah. Asas kepada perubahan yang sebenar dan diterima Allah ialah iman.
Mujahadah an Nafs merupakan kaedah yang digunakan untuk mendekatkan hubungan seseorang dengan penciptanya iaitu Allah s.w.t. Hubungan dalam bentuk rohani yang erat ini melahirkan seorang yang bersedia untuk tunduk dan patuh kepada penciptanya seterusnya akan membawa kepada menghayati sahsiah dan akhlak terpuji yang boleh dilihat melalui amalan zahir. Bertepatan dengan maksud sahsiah itu sendiri sepertimana yang disebutkan oleh Imam al Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulum al Din iaitu, sahsiah ialah aspek-aspek yang saling mempengaruhi antara sifat-sifat dalaman dan luaran. Ia bermaksud merangkumi aspek luaran iaitu tingkah laku yang dijelmakan dari sifat dalaman yang meliputi aspek emosi, sikap, motivasi dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, tingkah laku jasad menggambarkan sifat rohani seseorang. Aku sentiasa berpesan kepada Aku dan kengkawan, agar sentiasa bermujahadah kerana ia sangat diperlukan oleh jiwa bagi mengelakkan dikuasai oleh nafsu yang sentiasa cenderung kepada kerosakan..Namun, Keikhlasan turut menjadi pokok didalam segala perbuatan .. Ketahuilah bahawa hati manusia yang ikhlas, para syaitan laknatullah tak mampu untuk bersarang dan menggoda..semuga kite sentiasa di dalam keredhaanNYA..InsyaALLAH..
“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah, jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa dekat dengan ALLAH".
No comments:
Post a Comment