Sering kali kita tertanya, siapa kita sebenarnya, mungkin kita Cuma tahu nama kita, tmpat tinggal dan umo kita saja, huh..itu pown masih ramai yang masih tercari-cari identiti diri, mungkin kerana ilang ingatan..tapi kita ni yang waras pemikiran pown masih tidak tahu siapa kita...ish..Adakah kita dilambangkan dari sekadar nama..?ataupun umo..?ataupun level kita didalam masyarakat..sebenarnya tidak, siapa kita adalah dimana letaknya kita disisi Allah.
Terdapat pelbagai golongan manusia di dunia ini..contohnya golongan yang jahil dan tidak beramal..inilah golongan orang kebanyakan, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah..ada juga golongan mereka yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya. Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju kejalan Allah tetapi mereka sendiri tidak mengerjakan perintah Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dengan maksiat. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar..masyaallah...ada juga mereka yang tidak tahu tetapi sentiasa mencari ilmu.. Allah menyinari hati mereka..inilah golongan yang sentiasa berusaha kearah hadapan..bak kata owang putih strive for excellence..
Yang paling beruntung pula adalah mereka yang berilmu dan mengamalkan serta mengajarkan kepada orang yang lain, mereka adalah orang-orang yang mulia disisi Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Oleh itu, pernahkah kita terpikir kita terletak didalam golongan yang mana..?kita..?dirimu..?aku pula..? Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, didunia dan diakhirat kelak..waallahualam..
No comments:
Post a Comment