CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 14, 2010

~Bayangan lalu~


Dalam keheningan malam, kelihatan cahaya rembulan dan bintang yang begitu indah,

menerangi alam seolah-olah tiada lelah.. terusik kalbu akan dirinya, menjadikan malam yg indah ini diselubungi oleh kegelisahan, berjuta kata telah terlahir dari hati yg penuh dosa, kekalutan menyelimuti jiwa dikala malam menjelang..

bayang-bayang halus melingkari fikiran yg tidak jelas, sepi yg menjadikan bayang bayang itu slalu menghampiri tanpa henti, beribu bayangan hitam cuba menakluki fikiran, berjuta kata pula berusaha menepisnya, keyakinan yang digagahi seringkali cuba dipatahkan oleh bayangan hitam yg bgitu setia dan tanpa jemu menghampiri..tika ini, seolah-olah menjadi tawanan dalam peperangan bayangan diri..

malam terus berlalu tanpa menghentikan sedikit pun waktu..tubuh itu masih lagi kaku membisu..bibirnya masih lagi kemas tapi ternyata jiwanya celaru..memikirkan bayangan yg menerpa tanpa diundang..sekali lagi bayangan itu menyerusupi sesawang fikiran..namun berbekalkan segunung keyakinan, dirinya tersadar bahawa ini adalah satu amaran..

yup..!

amaran terhadap dosa-dosa yg telah dirinya usahakan...